Video Part I: https://youtu.be/okb7uFRMcBY
Part II https://youtu.be/PBqUjsCO_6I
Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2018 pada 5/12/2019
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan minggu ini kita ada mencatatkan tiga sejarah Tuan Yang di-Pertua, tiga sejarah. Hari Isnin kita membahaskan Defense White Paper, Kertas Putih Pertahanan yang tidak pernah dibentangkan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Kelmarin kita menyambut ulang tahun 60 tahun dan hari ini kita membahaskan SUHAKAM, Laporan Tahunan SUHAKAM yang tidak pernah dijadikan salah satu agenda spesifik selama ini. Kita telah mencipta sejarah oleh itu saya terpanggil juga untuk menyertai perbahasan terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM.
Seperti yang kita sedia maklum, Akta SUHAKAM diluluskan di Parlimen pada tahun 1999 dan ditubuhkan pada tahun 2000. Sepanjang penubuhan SUHAKAM telah menjalankan banyak tugas dan saya masih ingat pada awal-awal penubuhan SUHAKAM banyak inquiry, laporan- laporan yang dikeluarkan khasnya terhadap ISA dan sebagainya dan juga telah banyak membantu kerajaan dan civil society untuk isu-isu hak rakyat, isu-isu hak asasi manusia.
Saya ingin memfokuskan perbahasan saya kepada bab berkenaan dengan kanak-kanak dan isu-isu yang banyak dibangkitkan terhadap kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, pencarian suaka dan pelarian kanak-kanak, kanak-kanak jalanan, kanak-kanak di tempat tahanan, penderaan kanak-kanak, eksploitasi dan isu-isu perkahwinan kanak-kanak di bangkitkan di dalam laporan chapter kanak-kanak. Seperti kita maklum bahawa banyak kes ketidakselarasan stateless children ini berlaku bukan kesalahan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak tersebut tidak berdosa dan mereka menghadapi masalah dokumen- tiada dokumen pengenalan dan sebagainya. Ini menjadikan satu masalah kepada kanak-kanak. Ia akan menjadi satu kitaran, vicious cycle apabila stateless children yang tidak mempunyai kewarganegaraan, tiada mempunyai dokumen tersebut atas isu bahawa masalah ibu bapa dan mereka kemudiannya.
Bakal menjadikan kanak-kanak jalanan dan kemudian menjadi pengemis dan sebagainya satu vicious cycle. Oleh itu kita perlu mempunyai satu political view untuk menyelesaikan isu stateless children.
Saya ingin memuji Kementerian Pendidikan. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan melaksanakan satu polisi zero reject policy bahawa walaupun kanak-kanak yang mempunyai masalah dokumen. Akan tetapi mereka boleh diterima untuk mengikuti sistem formal.
Saya juga ingin membangkitkan isu bahawa kanak-kanak warga asing sama ada ditemani ibu bapa atau tidak ditemani ibu bapa terus ditahan di bawah Akta Imigresen di Malaysia dan ditahan di lokap-lokap walaupun mereka ialah kanak-kanak. Saya rasa keadaan ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana kanak-kanak tersebut sebenarnya mereka bukanlah di pihak yang bersalah kerana mereka masih lagi kanak-kanak.
Kanak-kanak tanpa kerakyatan ini- saya ingin sebut bahawa satu contoh yang baik, polisi yang baik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan ialah Zero Reject Policy. Maksudnya, mereka yang menghadapi masalah dokumen ataupun kerakyatan boleh juga dibenarkan untuk belajar di sekolah-sekolah kita. Apabila Zero Reject Policy ini dijalankan, no child are be left behind. Semua kanak-kanak tidak harus ditinggalkan di belakang.
Saya petik satu contoh yang telah saya tangani di kawasan saya, ada seorang kanak- kanak yang menghadapi masalah dokumen, menghadapi masalah keganasan rumah tangga telah keluar dari Kuala Lumpur dan datang ke Pulau Pinang dan menghadapi masalah birth cert beliau, Sijil Lahir beliau.
Difahamkan, Jabatan Imigresen memerlukan tiga bulan baru boleh mengeluarkan sijil kelahiran. Kalau alasan Jabatan Imigresen ini diterima, maka kanak-kanak tersebut perlu tunggu tiga bulan baru boleh mendaftar di sekolah yang baharu. Akan tetapi dasar baharu kita iaitu Zero Reject Policy, maka saya telah menelefon Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan menyelesaikan masalah itu. Tiga hari kemudian, kanak-kanak tersebut telah menyambung pelajaran di sekolah baharu. Oleh itu, saya berikan contoh sebagai satu polisi kerajaan yang baik, dapat membantu ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah dokumen dan juga kerakyatan.
Berkaitan dengan soalan yang disebutkan tadi, bukan sahaja terhadap kanak-kanak yang mempunyai isu tidak ada dokumen, terdapat laporan oleh SUHAKAM dalam chapter pelarian dan pencarian suaka, terdapat 100- pada tahun, setakat akhir bulan Disember 2018, terdapat 163,860 orang pelarian dan pencarian suaka yang berdaftar dengan UNHCR. Antaranya, di bawah 18 tahun seramai 42 ribu orang.
Oleh itu, 25.9 peratus adalah kanak-kanak. Oleh itu, saya rasa kita perlu memberikan pendedahan juga kepada agensi penguatkuasaan kita sama ada imigresen, polis dan lain-lain isu-isu penahanan kanak-kanak di depot pertahanan imigresen, isu penahanan kanak-kanak di lokap yang sepatutnya tidak mematuhi international standard.
Saya juga ingin merujuk kepada Prevention of Crime Act 1959 (POCA). Di bawah laporan SUHAKAM, telah dilaporkan bahawa terdapat 39 orang banduan yang dikategorikan sebagai juvana kanak-kanak di Penjara Kluang pada lawatan SUHAKAM pada 19 Julai. Saya dapati bahawa jawapan kerajaan ialah kes penahanan kanak-kanak di bawah POCA adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Walaupun kementerian satu lagi menjawab, tetapi ini di bawah kementerian lain. Oleh itu, saya ingin melihat satu penyelesaian yang holistik untuk menyelesaikan isu-isu terhadap pelarian, isu kanak-kanak yang menghadapi masalah dokumen.
Saya juga tertarik dengan cadangan oleh SUHAKAM bahawa satu suruhanjaya untuk kanak-kanak ditubuhkan. Saya rasa itu cadangan yang baik. Hari ini kita hanya melihat seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak dilantik di bawah SUHAKAM. Kita hendak lihat satu suruhanjaya khas untuk kanak-kanak supaya perlindungan kepada kanak-kanak dapat diberikan perhatian yang lebih serius. Begitu juga dengan konvensyen antarabangsa berkenaan dengan kanak-kanak. Kita perlu melihat semua ini supaya memberikan lebih banyak hak kepada kanak-kanak agar satu suruhanjaya kanak-kanak nasional dapat ditubuhkan dengan mengambil kira piawaian yang ditetapkan oleh CRC, konvensyen untuk kanak-kanak tersebut.
Saya memuji kerja-kerja oleh SUHAKAM dan saya ingin melihat laporan SUHAKAM ini dibahaskan bermula tahun ini di Parlimen dan setiap tahun di Parlimen. Saya juga menjangkakan pihak eksekutif, pihak kerajaan perlu memberikan jawapan bukan sahaja satu-satu kementerian tapi melibatkan banyak kementerian supaya memberikan perhatian yang serius terhadap laporan oleh SUHAKAM ini dan supaya kerja-kerja penambahbaikan sama ada perlu ubah undang- undang, sama ada perlu ubah- pinda Perlembagaan, Parlimenlah yang berkuasa untuk membuat pindaan tersebut.
Saya meminta kepada lebih banyak sumber disalurkan kepada SUHAKAM supaya mereka dapat menjalankan kerja dengan lebih baik untuk meningkatkan lagi hak asasi manusia di Malaysia. SUHAKAM ialah satu subjek, item di bawah Federal Budget yang setiap kali kita akan luluskan di Dewan ini. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Batu Kawan untuk memperkasakan struktur dan juga fungsi SUHAKAM supaya mereka boleh berfungsi dengan lebih baik dengan membantu membongkar banyak kes yang mencabuli hak asasi manusia dengan mempromosikan juga pendidikan hak asasi manusia di Malaysia. Dengan ini saya mohon mencadangkan.
Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) berkenaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2018 pada 5/12/2019
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan minggu ini kita ada mencatatkan tiga sejarah Tuan Yang di-Pertua, tiga sejarah. Hari Isnin kita membahaskan Defense White Paper, Kertas Putih Pertahanan yang tidak pernah dibentangkan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Kelmarin kita menyambut ulang tahun 60 tahun dan hari ini kita membahaskan SUHAKAM, Laporan Tahunan SUHAKAM yang tidak pernah dijadikan salah satu agenda spesifik selama ini. Kita telah mencipta sejarah oleh itu saya terpanggil juga untuk menyertai perbahasan terhadap Laporan Tahunan SUHAKAM.
Seperti yang kita sedia maklum, Akta SUHAKAM diluluskan di Parlimen pada tahun 1999 dan ditubuhkan pada tahun 2000. Sepanjang penubuhan SUHAKAM telah menjalankan banyak tugas dan saya masih ingat pada awal-awal penubuhan SUHAKAM banyak inquiry, laporan- laporan yang dikeluarkan khasnya terhadap ISA dan sebagainya dan juga telah banyak membantu kerajaan dan civil society untuk isu-isu hak rakyat, isu-isu hak asasi manusia.
Saya ingin memfokuskan perbahasan saya kepada bab berkenaan dengan kanak-kanak dan isu-isu yang banyak dibangkitkan terhadap kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, pencarian suaka dan pelarian kanak-kanak, kanak-kanak jalanan, kanak-kanak di tempat tahanan, penderaan kanak-kanak, eksploitasi dan isu-isu perkahwinan kanak-kanak di bangkitkan di dalam laporan chapter kanak-kanak. Seperti kita maklum bahawa banyak kes ketidakselarasan stateless children ini berlaku bukan kesalahan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak tersebut tidak berdosa dan mereka menghadapi masalah dokumen- tiada dokumen pengenalan dan sebagainya. Ini menjadikan satu masalah kepada kanak-kanak. Ia akan menjadi satu kitaran, vicious cycle apabila stateless children yang tidak mempunyai kewarganegaraan, tiada mempunyai dokumen tersebut atas isu bahawa masalah ibu bapa dan mereka kemudiannya.
Bakal menjadikan kanak-kanak jalanan dan kemudian menjadi pengemis dan sebagainya satu vicious cycle. Oleh itu kita perlu mempunyai satu political view untuk menyelesaikan isu stateless children.
Saya ingin memuji Kementerian Pendidikan. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan melaksanakan satu polisi zero reject policy bahawa walaupun kanak-kanak yang mempunyai masalah dokumen. Akan tetapi mereka boleh diterima untuk mengikuti sistem formal.
Saya juga ingin membangkitkan isu bahawa kanak-kanak warga asing sama ada ditemani ibu bapa atau tidak ditemani ibu bapa terus ditahan di bawah Akta Imigresen di Malaysia dan ditahan di lokap-lokap walaupun mereka ialah kanak-kanak. Saya rasa keadaan ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana kanak-kanak tersebut sebenarnya mereka bukanlah di pihak yang bersalah kerana mereka masih lagi kanak-kanak.
Kanak-kanak tanpa kerakyatan ini- saya ingin sebut bahawa satu contoh yang baik, polisi yang baik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan ialah Zero Reject Policy. Maksudnya, mereka yang menghadapi masalah dokumen ataupun kerakyatan boleh juga dibenarkan untuk belajar di sekolah-sekolah kita. Apabila Zero Reject Policy ini dijalankan, no child are be left behind. Semua kanak-kanak tidak harus ditinggalkan di belakang.
Saya petik satu contoh yang telah saya tangani di kawasan saya, ada seorang kanak- kanak yang menghadapi masalah dokumen, menghadapi masalah keganasan rumah tangga telah keluar dari Kuala Lumpur dan datang ke Pulau Pinang dan menghadapi masalah birth cert beliau, Sijil Lahir beliau.
Difahamkan, Jabatan Imigresen memerlukan tiga bulan baru boleh mengeluarkan sijil kelahiran. Kalau alasan Jabatan Imigresen ini diterima, maka kanak-kanak tersebut perlu tunggu tiga bulan baru boleh mendaftar di sekolah yang baharu. Akan tetapi dasar baharu kita iaitu Zero Reject Policy, maka saya telah menelefon Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan menyelesaikan masalah itu. Tiga hari kemudian, kanak-kanak tersebut telah menyambung pelajaran di sekolah baharu. Oleh itu, saya berikan contoh sebagai satu polisi kerajaan yang baik, dapat membantu ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah dokumen dan juga kerakyatan.
Berkaitan dengan soalan yang disebutkan tadi, bukan sahaja terhadap kanak-kanak yang mempunyai isu tidak ada dokumen, terdapat laporan oleh SUHAKAM dalam chapter pelarian dan pencarian suaka, terdapat 100- pada tahun, setakat akhir bulan Disember 2018, terdapat 163,860 orang pelarian dan pencarian suaka yang berdaftar dengan UNHCR. Antaranya, di bawah 18 tahun seramai 42 ribu orang.
Oleh itu, 25.9 peratus adalah kanak-kanak. Oleh itu, saya rasa kita perlu memberikan pendedahan juga kepada agensi penguatkuasaan kita sama ada imigresen, polis dan lain-lain isu-isu penahanan kanak-kanak di depot pertahanan imigresen, isu penahanan kanak-kanak di lokap yang sepatutnya tidak mematuhi international standard.
Saya juga ingin merujuk kepada Prevention of Crime Act 1959 (POCA). Di bawah laporan SUHAKAM, telah dilaporkan bahawa terdapat 39 orang banduan yang dikategorikan sebagai juvana kanak-kanak di Penjara Kluang pada lawatan SUHAKAM pada 19 Julai. Saya dapati bahawa jawapan kerajaan ialah kes penahanan kanak-kanak di bawah POCA adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Walaupun kementerian satu lagi menjawab, tetapi ini di bawah kementerian lain. Oleh itu, saya ingin melihat satu penyelesaian yang holistik untuk menyelesaikan isu-isu terhadap pelarian, isu kanak-kanak yang menghadapi masalah dokumen.
Saya juga tertarik dengan cadangan oleh SUHAKAM bahawa satu suruhanjaya untuk kanak-kanak ditubuhkan. Saya rasa itu cadangan yang baik. Hari ini kita hanya melihat seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak dilantik di bawah SUHAKAM. Kita hendak lihat satu suruhanjaya khas untuk kanak-kanak supaya perlindungan kepada kanak-kanak dapat diberikan perhatian yang lebih serius. Begitu juga dengan konvensyen antarabangsa berkenaan dengan kanak-kanak. Kita perlu melihat semua ini supaya memberikan lebih banyak hak kepada kanak-kanak agar satu suruhanjaya kanak-kanak nasional dapat ditubuhkan dengan mengambil kira piawaian yang ditetapkan oleh CRC, konvensyen untuk kanak-kanak tersebut.
Saya memuji kerja-kerja oleh SUHAKAM dan saya ingin melihat laporan SUHAKAM ini dibahaskan bermula tahun ini di Parlimen dan setiap tahun di Parlimen. Saya juga menjangkakan pihak eksekutif, pihak kerajaan perlu memberikan jawapan bukan sahaja satu-satu kementerian tapi melibatkan banyak kementerian supaya memberikan perhatian yang serius terhadap laporan oleh SUHAKAM ini dan supaya kerja-kerja penambahbaikan sama ada perlu ubah undang- undang, sama ada perlu ubah- pinda Perlembagaan, Parlimenlah yang berkuasa untuk membuat pindaan tersebut.
Saya meminta kepada lebih banyak sumber disalurkan kepada SUHAKAM supaya mereka dapat menjalankan kerja dengan lebih baik untuk meningkatkan lagi hak asasi manusia di Malaysia. SUHAKAM ialah satu subjek, item di bawah Federal Budget yang setiap kali kita akan luluskan di Dewan ini. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Batu Kawan untuk memperkasakan struktur dan juga fungsi SUHAKAM supaya mereka boleh berfungsi dengan lebih baik dengan membantu membongkar banyak kes yang mencabuli hak asasi manusia dengan mempromosikan juga pendidikan hak asasi manusia di Malaysia. Dengan ini saya mohon menyokong.